Pada dan perkhidmatan. Pada 2016, akaun kewangan

Pada
2014, minyak mentah yang diimport adalah RM92.5 billion berbanding dengan
jumlah yang dieskport sebanyak RM87.6 billion. Ini menunjukkan jumlah minyak yang
diimport melebihi jumlah minyak yang dieksport. kerajaan mengalami kehilangan
pendapatan dari segi import dan eksport minyak mentah dan perlu menampung
kehilangan tersebut melalui kos operasi kerajaan. Malah jika diselaraskan
dengan harga minyak semasa, perbezaan di antara pendapatan dan kos operasi
bajet sebanyak sekitar RM1.2 billion. Hampir 40% pendapatan
negara datang daripada sektor minyak dan gas. Kerajaan mendapat lebih banyak pendapatan
daripada sumber ekonomi yang lain seperti pembinaan, perbankan, perlancongan
dan perkhidmatan. Pada
2016, akaun kewangan kembali pulih dengan mencatat aliran masuk bersih RM15.3
bilion (Julai – Disember 2015: -RM26.7 bilion), manakala pada suku pertama
tahun 2016, akaun kewangan mencatat aliran masuk berssih sebanyak RM5.8 bilion
(S4 2015: aliran masuk bersih RM3.9 bilion), terutamanya disebabkan oleh aliran
masuk bersih lebih tinggi bagi pelaburan langsung dan portfolio. Dalam tempoh
yang sama, sektor perkhidmatan, pembuatan dan perlombongan (minyak dan gas
asli) merupakan penyumbang utama FDI.    Subsidi terhadap Minyak dan Gas
Asli Subsidi
terhadap minyak dan gas asli merupakan ciri penting instrumen dasar. Walau
bagaimanapun, apabila ekonomi-ekonomi ini menjadi lebih maju, kos untuk
mengekalkan dasar tersebut semakin mengatasikeleibahannya. Disebabkan itu, banyak
ekonomi membangun telah memulakan rasionalisasi subsidi dan pembaharuan harga. Jumlah
subsidi bagi petroleum, termasuk cukai yang dikorbankan, ialah sebanyak RM11.9
ribu juta. Jumlah ini dijangka meningkat kepada RM16.8 ribu juta tahun ini
sekiranya paras harga runcit petrol, diesel dan LPG yang ada sekarang
dikekalkan. Ini merupakan 60 peratus daripada peruntukan pembangunan negara.
Jika lebih banyak wang yang diperoleh daripada Petronas ini disalurkan kepada
projek-projek pembangunan, maka lebih ramai rakyat, terutama yang berpendapatan
rendah dan sederhana dapat menikmati faedah hasil minyak negara daripada
menggunakannya hanya untuk subsidi yang lebih menguntungkan golongan berada dan
kaya.  Syarikat Petronas turut menyediakan subsidi
untuk gas asli yang digunakan oleh sektor tenaga negara. Untuk tahun kewangan
berakhir pada 31 Mac 2005 sahaja, syarikat tersebut menyumbang sebanyak RM6
ribu juta dalam bentuk subsidi untuk sektor tersebut. Sejak Mei 1997 apabila
harga gas sebanyak RM6.40 setiap Mmbtu (atau per million British Thermal unit)
untuk tenaga dikuatkuasakan, Petronas telah menyumbangkan subsidi sebanyak RM25
ribu juta untuk sektor tersebut. Hal ini kerana harga di pasaran antarabangsa
adalah jauh lebih tinggi. Denganwujudnya subsidi ini, tarif elektrik dalam
negara dapat dikekalkan pada tahap yang sewajarnya.     Subsidi
dan kawalan harga menyebabkan herotan harga dengan menurunkan harga barang dan perkhidmatan
utama dalam ekonomi di bawah harga sebenar. Keadaan ini boleh mengganggu
keputusan tentang penggunaan dan pengeluaran melalui beberapa cara, dan
seterusnya menyebabkan herotan peruntukan sumber dalam ekonomi. Antara herotan
utama ialah penggunaan barangan bersubsidi atau barangan harga terkawal secara
berlebihan oleh isi rumah dan juga syarikat. Sebagai contoh, penggunaan petrol
per kapita di Malaysia telah meningkat sepanjang sedekad yang lalu dan
penggunaan ini adalah lebih tinggi berbanding dengan penggunaan dalam ekonomi
serantau yang lain. Bersama-sama dengan trend penurunan dalam pengeluaran,
peningkatan penggunaan ini telah menjadikan Malaysia pengimport bersih produk
petroleum mentah dan bertapis pada tahun 2014.  Selain
itu, usaha mengekalkan subsidi dan kawalan harga turut memberikan cabaran dari
segi membuat keputusan dasar awam. Meskipun kos semakin meningkat, sering kali
berlaku kesukaran dari segi politik untuk membuat pelarasan menaik terhadap
harga. Akibatnya, harga produk terkawal selalunya dibiarkan tidak berubah untuk
tempoh yang lama sehingga peningkatan kos yang ketara menyebabkan harga ini
tidak dapat dikekalkan. subsidi dan dalam sesetengah kes, kawalan harga, turut
menjadi beban kepada kerajaan. Usaha untuk mengekalkan harga sumber yang rendah
dalam keadaan harga pasaran global yang meningkat dan penggunaan yang
berlebihan oleh isi rumah dan syarikat akhirnya akan memberikan kesanterhadap
kedudukan fiskal kerajaan.  

 Bagi Malaysia, subsidi untuk petrol runcit
sahaja mencakupi RM23.5 bilion atau 2.4% daripada KDNK pada tahun 2013, lebih
tinggi daripada subsidi di beberapa ekonomi serantau. Jumlah ini belum lagi mengambil
kira kos subsidi tersirat dari segi hasil yang dilepaskan oleh perusahaan awam
dan Kerajaan di bawah kawalan harga, seperti pembekalan gas asli kepada syarikat
penjana elektrik dengan harga di bawah harga pasaran bagi membolehkan tarif
elektrik yang lebih rendah.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now